The day he popped the question to me...101213

Assalamualaikum dear friends,

Tetiba malam ni terimbas hari en tunang ajak kawin dgn dia. hihi... layan kan aje lah ye.

Saya dgn en tunang ni tak de bercinta pun sebelum dia ajak kawin ni.
Cakap pun jarang2 sangat. apa lagi nak bercinta.
Kitorang kerja satu office...lain department tapi sebab satu projek kadang2 pergi site sama2.

Kalau kat site mmg jarang la nak cakap dengan en tunang ni sbb dia ni mmg kusyuk buat keje je.
Selalu x sembang pun dgn dia.
kadang2 rasa yg dia ni tak suka dengan saya ni...haha seriusly mmg pernah rasa macam tu.

Well, dipendekkan cerita... satu hari ni kitorang pergi stesen Nilai sama2.
Sampai dah tengahari, jadi pergi lunch dulu kat gerai tepi stesen tu.
Masa tu mcm mana ntah boleh sembang pasal kawin dan jodoh dengan diorng semua.
Masa tu en tunang tanya2 soalan kalau ada org masuk meminang nak tak? haha...(skrg ingat balik rase geli hati pulak)
Saya kata, kalau dah jodoh ok aje. hahaha...

Lepas tu, kitorng berdua jalan pergi stesen. Masa tulah dia ajukan soalan cepu emas tu.
Ingatkan dia bergurau, saya pun gelak2 jawab... jomlah kahwin. hihi lepas tu berhenti jalan tanya dia, "Serius ke ni?" Dia pun dengan muka dan suara yg serius jawab, "Serius"... gulp gulp masa tu.

Betul ke apa yang baru je berlaku ni? Kat dada masa tu rasa macam tersentap dalam sgt. Rasa dia pelik jugak lah..tak pernah rasa. Terkejut kot.

Lepas tu terus blur ok...hahaha

Saya duduk je kat kerusi termenung panjang. fikir ini ke jawapan soalan2 saya selama ni?
Ye la... sebelum ni saya mmg memohon Allah hadirkan suami yang telah Dia jodohkan utk saya.
Minta Dia tunjukkan pada saya suami saya tu. (tidak lah sehari dua berdoa... lama doa ni... kena sabar tau kawan2)

Dia tgk saya mcm blur... dia dtg balik cakap dgn saya...

En tunang : "Saya tau pertanyaan saya ni mengejut. dan saya faham kalau saya ditolak."

Wow wiii... sentap lagi jantung. Pening gak kepala masa tu. Jadi, saya minta dia bagi saya buat istikarah dulu sebelum saya bagi jawapan.

Selepas itu... bermulalah istikarah cintaku. :)

Alhamdulillah... hati saya rasa tenang dan saya yakin inilah dia yang Allah sampaikan untuk saya.
Jadi, saya menerima lamaran en tunang ku itu walaupun masa itu kami masih belum bercinta.

Terima kasih Ya Allah...hadirkan dia dalam hidupku.




Comments

Popular Posts