The trip to Nagasaki...

Salam semua...

OK, jom let's read about the Journey to Nagasaki.

A week before the trip, my friend Yumi told me that she had already booked the bullet train ticket. The booking was necessary because many people will go for jalan2 cuti pada masa ni. Dia kate dia book boleh dapat tiket murah dari beli biasa so saya pun setuju sajalah. Suddenly on Friday, she told me sad news that the booking was cancel and she does not knew why. And, all the reserved seat was already sold out. Huhuhuhu...we can only bought unreserved seat and we can just hope that there are unoccupied seat left for us on 16th morning. If not, we must stand lah inside the train to the destination.

Pagi 16th tu beraturlah kami di platform nak naik Shinkansen menuju ke Hakata, Fukuoka. Tak ramai pun orang yang beratur masa tu. Tapi bila shinkansen tiba, dah tahu dah we must stand all the way because it was really packed at that time. This was the first time I stand inside a bullet train. Before this, pernah tengok dalam news keadaan ni berlaku masa cuti new year. Tak sangka yang cuti 3 hari pun boleh jadi macam tu. Orang Jepun ni suka melancong. Nak melancong dalam negara sendiri pun dah rasa macam nak pergi oversea je kos semuanye. Sometimes lagi murah pergi jalan2 ke luar negara dari jalan2 kat dalam Jepun ni.

Maka, berdirilah kami lebih kurang 1 jam 15 minit. Boleh tahanlah keletihan dibuatnye. masa tu pakai heal. Apa lagi...hahaha rasakan lah. Lebih kurang dalam dua stesen nak sampai Hakata baru dapat duduk. Alhamdulillah, lega sikit.

Sampai di Hakata Station, kami menuju ke kaunter rental car. Ini pun dah booked juge. Ramai juge orang yang nak amik rental car. Masa nk bagi kete tu, macam2 benda diberitahu. Style sewa kete kat jepun ni, masa dpt kete minyak mmg dah full. So, nanti kita dah nak pulang kete kita kena make sure kete tu full juge minyaknye. Tak leh main tipu sebab ada form kena isi dan sahkan oleh petrol station yg ditetapkan oleh skyt penyewa kete ni. Bukan setakat borang minyak, borang accident pun ada. Semua borang2 tu diexplain dgn terperinci oleh staff di kaunter kete sewa itu. Semua borang2 tu dia masukkan dlm satu clear folder.

Dah selesai semua prosedur, kami pun bergeraklah utk pergi amik kete tu. Kete sewa ni dipark di kawasan parking kete lah...hehe. So pergi lah situ. Dah sampai kami disambut oleh staff di bahagian penyerahan kereta pula. Dibawanya kami ke kereta yang kami sewa tu. Kami ditanya nak letak beg di mana? Staff tu bukakan pintu kete bila kawan kata nak letak kat back seat je. Dia bukakan belah kawan je lah..belah saya, saya buka sendiri je. Hihi...


Ingat dah selesai...rupenye belum. Dah masuk dlm kete...ada lagi explanation pasal sistem navigasi GPS pulak. Macam mana nak guna sekian sekian. Then, kat mana nak letak ETC card(ini macam Smart Tag tu). Pastu dah settle pasal kete, dimaklumkan pula di mana nak exit. Haha...semua diberitahu so jangan kata x bagi tahu apa2 ye jika berlaku apa2.

Then, Yumi bersiap2 nak memandu sekejap...dan kami pun memulakan lah pula perjalanan dengan kete sewa menuju ke destinasi pertama kami iaitu Huis Ten Bosch, Sasebo, Nagasaki Prefecture. Perjalanan dgn kete sewa ni makan masa lebih kurang 1 jam lebih lagi. Yup, tak dekat ye. Jauh...sangat jauh. Tapi hati berbunga riang sebab nak makan angin kan.

Tapi deep down dlm hati..I miss my dear bear at home. Huhuhuhu...

Bersambung di post seterusnya pulak...yg ni dah panjang.

Comments

Post a Comment

Popular Posts