Donation: 'Mama, janganlah menangis'...
Assalamualaikum semua,
Lepas saya makan lunch hari ni, jenguk sebentar ke group AC97 di facebook. Kali ni, kawan saya Wada postkan permohonan bantuan untuk anak rakan sekerja beliau di Malaysia. Mengikut posting yang dinyatakan, anak sahabat beliau ni sedang menghidap penyakit kanser darah. Dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk kos pembedahan tidak lama lagi. Ini keratan akbar yang menyiarkan kisah adik ini...saya pun copy dari kawan.
Di bawah, saya selitkan email untuk maklumat lanjut.
**********************************************************************************************************
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dukacita dimaklumkan bahawa anak kepada seorang bekas pegawai di Bahagian Perkhidmatan, Puan Norelyza Ahmad Zuki disahkan mengidap kanser darah atau lebih dikenali sebagai Burkitt's Lymphoma peringkat 4. Sedikit makluman mengenai Puan Norelyza Ahmad Zuki, beliau pernah berkhidmat di Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan bermula 17 April 2003 hingga 8 November 2010. Beliau telah berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Anak beliau disahkan mengidap penyakit tersebut semenjak Jun tahun ini. Sehingga kini, tahap kesihatan anak kecil tersebut semakin merosot selepas melalui 6 kali sesi chemotherapy. Satu pembedahan dijangka akan diadakan pada minggu hadapan dan memerlukan pembiayaan kos perubatan sebanyak RM 20,000.00.
Dilampirkan keratan akhbar Harian Metro bertarikh hari ini, 25 November 2011 untuk rujukan YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan selanjutnya. Atas rasa kebertanggungjawan dan simpati, cawangan ini sedang dalam usaha untuk mengumpul dana perubatan Adik Mohd Aqil Hafiy dengan harapan dapat membantu melicinkan urusan pembiayaan pembedahan beliau. Kami memohon sekiranya ada pihak yang sudi untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan kewangan bolehlah disalurkan kepada cawangan ini atau terus kepada:
• Norelyza Ahmad Zuki
• Maybank -1660 1001 9941
• Telefon: 012 6475040
Semoga Allah mempermudahkan sebarang ujian dan melimpahkan kasih sayang-Nya ke atas setiap hamba-hamba-Nya yang beriman. Moga emel ini boleh dipanjangkan kepada pihak yang lain.
Sekian, terima kasih.
**********************************************************************************************************
New update: 29 Nov 2011... account yg dinyatakan di atas tu kena block maybe sebab banyak sgt transaksi. My friend Wada berikan akaun ayah adik ni pula...so sesiapa yang nak menderma boleh juge menderma ke akaun ini :
Suami Elyza, En. Hazley Bin Ishak - 116015018747. Jom tolong...derma dan doa.
Semoga Allah SWT membukakan lebih ramai hati insan2 untuk menghulurkan bantuan buat adik kecil ini dan dapat memberikan kegembiraan buat adik ini dan keluarga beliau. Amin...InsyaAllah.
Suami Elyza, En. Hazley Bin Ishak - 116015018747. Jom tolong...derma dan doa.
Semoga Allah SWT membukakan lebih ramai hati insan2 untuk menghulurkan bantuan buat adik kecil ini dan dapat memberikan kegembiraan buat adik ini dan keluarga beliau. Amin...InsyaAllah.


Comments
Post a Comment