Kemalangan Orang

Salam semua,

Kembali bersiaran di blog ni setelah bercuti selama 11 hari di Malaysia. Dah naik keje dr last week tp sedikit busy so tak dapatlah nak menconteng-conteng di sini. Hari ni ada kesempatan sedikit utk mencoretkan sapatah dua kata... :)

Hari ni seperti biasa keluar rumah nak pergi kerja dengan menaiki street car. Masa melintas landasan keretapi JR dah terasa JR macam lewat sebab selalunye time saya lintas tu ada banyak train yg lalu lalang. Hari ni sunyi dan saya tak perlu tunggu palang tu naik untuk melintas.

Setibanya di stesen street car, kelihatan org masih ramai. Selalu time saya nak pergi keje tu orang dah beransur.  Then, ada pengumuman. Dia bagi tahu ada 'Jinshin Jiko', so train akan tergendala. First time saya dengar 'Jinshin Jiko' ni. Jiko tu saya tahu maksudnye kemalangan. 'Jinshin' tu saya tak tahu, maka tgk kamus kat HP. 'Jinshin' means 'Human nature'. So saya agak ia kemalangan orang. Saya tak sure nak translate apa, minta maaf bnyk2.

Then, saya lihat semua org beransur menuju ke stesen keretapi JR yang saya dah lepasi sebelum tu. Jadi saya meneka kelewatan itu akan lebih lama, tidak seperti kelewatan2 sebelum ini. Saya pun follow lah tindakan mereka sambil lari2 anak. Baru separuh jalan, makcik dari arah stesen keretapi JR bagi tahu yang keretapi JR juga tidak beroperasi. Terus terhenti larian...dan cakap 'Ehhhhhhh' (macam style pompuan jepun dlm TV) hahaha. Orang2 belakang saya pun terhenti juga. Semua dah blur nak buat apa ni.

Then, kitorang pun patah balik ke stesen street car semula. Pengumuman yg sama berulang kali di corong pembesar suara. Hati dah mula resah. Jam dah pukul 8.40am. Pukul 9.00 dah time keje. Tapi saya rasa kawan2 lain juga akan lewat so tak de lah cemas sgt. Cuma skrg saya tak tahu mcm mana nak pergi ke opis. Tengok bas berjalan tp tak tahu bas mana yang perlu dinaiki. Pengumuman beritahu lokasi kemalangan dan makluman street car dari stesen selepas lokasi kemalangan berjalan seperti biasa. Tapi jauh lagi...mcm mana... mcm mana ni....

Sembang dgn sorang penumpang perempuan tu nak buat mcm mana ni skrg. Dia pun ajak pergi ke stesen keretapi JR semula dan tanya dengan pekerja stesen di sana bagaimana keadaan seterusnya sebab kat stesen street car hanya ada pengumuman dan tiada pekerja stesen utk dapatkan kepastian. So kitorang pun pergilah semula ke stesen JR tu. Semakin hampir, di stesen JR juga pengumuman bertalu2. Saya merasakan kemalangan yang serupa juga yang menyebabkan kelewatan tu. Sampai di platform, mmg betul kemalangan yg serupa. Di lokasi kejadian, landasan kedua2 keretapi dan street car ni adalah berhampiran. So, no wonder lah JR juga terjejas.

Kawan yg tadi tu bertanya dengan pekerja stesen adakah train akan berjalan... dan jawapan yg diterima melegakan hati. Ketapi akan jalan tp perlahan2 sebelum tiba di lokasi kemalangan. Saya pun membelilah tiket ketapi sebab pengumuman ketapi menghala ke Hiroshima akan tiba tak lama lagi. Terkocoh-kocoh cari duit syiling smpi lupa saya hanya nak turun di stesen Nishi Hiroshima tp saya beli tiket smpi Hiroshima. Terlbih bayar...huhuhuhu

Bila turun ke platform, punye la ramai orang yg menunggu. harap2 dapatlah naik bila train sampai. Tak lama lepas tu train pun sampai.... saya pun dapat naik. Alhamdulillah..lega. Bila  menghampiri lokasi kejadian, driver ketapi bagi pengumuman dah nak hampir dan ketapi mula jalan dgn slow. Nampak kete polis dan orang ramai berkumpul. Pekerja2 stesen street car juga berjalan2 di atas landasan keretapi sedang membuat pemeriksaan ke atas landasan.

Lepas je dari tmpt kejadian, train pun berjalan seperti biasa. Sampai juga akhirnye di stesen Nishi Hiroshima. tp stesen ni jauh sikit dari opis. Berlari2 anak juge dan fikir nak naik tak street car pergi stesen yg dekat opis tu... tp mungkin lmbt. Sambil menjenguk2 papan maklumat train di stesen street car saya berlari2 anak. Tiba2 ada sekumpulan lelaki melihat saya. Saya buat tak tau je. Tp rasa mcm kenal...
Bila dah dekat...terdgr suara menegur yg sgt saya kenal...hahahaha my bis boss dan bos2 lain. Baru saya tersedar...tergelak diorng saya tak perasan mula2. hahahahaha hampeh tul.

Saya just jalan kaki je gi opis. Biarlah 15 minit pun 15 minit la jalan... dr tunggu train yg masih belum OK lagi tu. 9.35am selamat sampai di opis. masa kat tangga jumpa kawan yg selalu naik street car sama2...dia kata dia jalan kaki separuh smpi stesen yang street car boleh bergerak. Haha...dr rumah saya nak ke stesen tu punyele jauh. Tak daya nak jalan kaki laa. Hihihi... sekian

Comments

  1. kemalangan apa tu? bunuh diri ka? japanese ni selalu gak bunuh diri kat lndasan. huhu..ngeri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts