Shinnenkai 2012 - Miyajima Part 2

Salam semua,

Bertemu semula di sambungan kisah shinnenkai ni. Banyak hari juga dah berlalu. Maaf ye..sedikit letih bila balik dr kerje. Musim sejuk ni godaan nak berselimut di atas katil tu sgt kuat. Hahaha... bila dah baring tu susah la nak bgn buat apa2.

OK, kali ni kisah akan disambung kat part kitorang meround2 kat Miyajima tu. Kat entri sebelum ni, kitorang pergi melawat Itsukushima shrine. So selepas selesai round kat shrine tu, member yg in charge pasal shinnenkai ni pun bagi penerangan seterusnya... sesiapa yg nak pergi tgk aquarium stay situ dan yg tak nak boleh lah buat acara sendiri atau pergi check in ke hotel.

Saya group nak gi aquarium... so ikut ajelah diorng. Geng pompuan semua gi tgk ikan nih. Berjalan lah lagi... quite jauh jugalah aquarium nih. Sambil jalan sambil sembang. Akhirnya dalam pukul 3.30pm kitorang sampai kat depan aquarium tu. Kitorang bernasib baik sbb waktu akhir nak masuk aquarium tu adalah pukul 4pm. Masa kat luar tu, ada memo bagi tahu ada pameran mengenai sea dragon sempena tahun baru ni...tahun 2012 ni kan tahun naga. Pernah tgk yg dah keras je ... yg hdp belum pernah lagi.

~ Bangunan aquarium ni yg sebelah kri tu... ~

~ My ofismate, my CEO yg pakai mask putih tu~

Setelah dpt tiket (yg free tu) ,,kitorang pun masuk dan melihat2lah apa ada kat dlm tu. First sekali masuk ada satu tangki lutsinar yg besar. Ada tiram dgn bnyknye...serta ikan2 lain. Rupa kat dlm ni biasalah sama je macam mana2 aquarium... :) Hari tu saya kata bestkan jalan2 kat aquarium ni... haaa jadi apa yg best if sama je macam aquarium lain?

Nak senang cerita..kita tgk gambar je la ye..hehehe. Banyak sgt ikan yg tak pernah tgk sebelum ni... maybe laut lain, so jenis ikannye pun lain la kan.

~ Yg mcm pjng tu tiram... ini kolam first tgk~

~ Ini...haha tak ingat dah apa... tp sgt menarik pd mata saya~

~ Ikan ni femes kan... rupenye ikan ni mmg sgt comellllll~

~ Nemo and the geng...hehe ~

~ Ini sejenis dolphin yg hdp dekat perairan Seto dkt sini~

~ Cantik kan obor2 ni~

~ Takut dgn ikan ni... bdn dia panjang, muka dia garang..huhu~

~ Sea dragon emas...sgt cantik~

~ Tako chan...hahaha Mr Octopus~

~ Aquarium ni penug dgn small and colourful fish~

~ Sampai kawasan hujung ada sudut utk feel sendiri tapak sulaiman dan timun laut...haha timun laut tu so soft~

~ Pelbagai bentuk tapak sulaiman, siput dan timun laut~

Penat juga jalan dlm tu... :) mmg best dpt tgk semua ciptaan Allah tu...menakjubkan Subhanallah. 

Dah habis tu kitorng pun jalan lah balik semula ke kawasan kedai2 dan hotel. Kawan2 nak pergi makan kaki (tiram) dan berangan bakar...masa keluar dah pukul 4.30pm...kedai2 kat Miyajima ni akan tutup pukul 5pm so kena cepat. Kenapa cpt sgt tutup...well haha belah2 rumah saya ni kampung, Miyajima ni pun dkt2 rumah saya so lbh kurang sama la...haha kawasan kampung mmg cpt tutup segala perniagaan. Kawan2 dok tercari2 kedai yg masih buka...sebab saya dah biasa dan tahu ada satu kedai makcik yg sedap dan still buka after 5pm saya pun cadangkan lah pada diorng.

Tapi saya minta excuse tak join makan sama sebab saya nak balik hotel utk solat Asar. Ada juga yg tak nak mkn dan nak ikut balik hotel. Makanye..kitorang pun balik lah hotel. Dekat je dgn kedai tu...hehe. Sampai di hotel, penyambut tetamu sambut sambil tnye nama kitorang sorang2 la nak check. Bila time saya, staff tu tnye saya alergik pada alkohol dan mirin ke? Haha...alergik tu...saya iyekan sajelah. Then, berangkatlah kitorang naik ke bilik.

OK...sambung next entri utk the best and interesting hotel room I have ever encountered!!! hahahaha :)


Comments

  1. Hehe.. Kan! Japanese ingat kita alergik kdg malas nk explain panjang2 iyerkan aje. Anak yg sekolah tu pun kawan2 kelas tnya nape x boleh mkn itu ini. Sng je jawapn dia. Alergik! Hahah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts