Bantuan utk adik Izziyanna

Salam semua,

Balik dari kerja, saya dapat mesej di inbox FB dari seorang ayah yang memohon bantuan untuk anak perempuan beliau Izziyanna untuk menjalani pembedahan jantung berlubang.


Diharap adalah blogger2 yang sudi memangjang berita ini supaya ramai yang dapat menghulurkan bantuan untuk adik kecil ini. Pembedahan adik ni dijadualkan pada 25 Oktober 2011 nanti. Jom kita bantu adik ni.

Untuk maklumat lanjut, silalah baca di link Bantuan Untuk Adik Izziyanna.  Terima kasih banyak2.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi kalian yang sudi membantu. Insyaallah..amin


************************
05 October 2011.
************************

Ya Allah, sesungguhnya kasih sayangMu amatlah hampir. Walaupun si kecil ini tiada hubungan dengan saya tp entah mengapa tersentuh hati ni melihat wajah comelnye itu....
Terasa benar pertolongan yang Allah berikan sejak mula disebarkan berita ini. Membaca respon dr kawan2 dan teman2 yang ingin membantu dan mendoakan si kecil ini amat menyentuh hati saya. Terasa benar di hati ucapan terima kasih itu tidak cukup untuk membalas keprihatinan semua. Syukur sangat2 bila ada yang membaca kisah ini dan mendoakan si kecil Izziyanna ini.

Ya Allah, bantulah keluarganya dan tabahkan lah hati kedua ibu bapanya dalam menempuh dugaanMu ini. Amin ya rabbal alamin.

Comments

Popular Posts