Program Qurban4Life

Salam semua,

Jumpa maklumat pasal program Qurban yang saya rasa sangat menarik dan mudah untuk kita semua. Jadi saya nak abadikan maklumat ni di blog saya ni (untuk rujukan saya dan juga pengunjung blog saya yg tak seberapa ni). Maklumat lanjut mengenai program ini boleh baca di sini. Ada macam2 program, sedekah juga ada.

Untuk yang ebrada di luar negara pun masih boleh sertai program ni dengan menggunakan credit card atau online banking. Saya rasa program Qurban4Life ini sangat menarik kerana ia amat mudah. Segala proses ditunjukkan di dalam carta alir yang ringkas. Dan yang paling best, daging2 tu dimasak dan ditinkan supaya lebih tahan lama dan sesuai utk diagihkan ke mana2 saja. Amat menyokong program ini, dan berharap saya dan lebih ramai muslim dan muslimin menyertai program ini. Alhamdulillah, kerana ditemukan dengan program ini.

Untuk menyertai program Qurban4Life ini ada 6 cara iaitu:


Ada juga disediakan borang yang kita boleh print dan isikan maklumatnye... klik di sini untuk Borang.

Jom kita... (^_^)

FADHILAT IBADAH QURBAN (dari http://www.al-azim.com/haji/qurban/dalil.htm)
 
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • Sebagai penebus dosa
    Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

 

Comments

Popular Posts