First time baking in Japan...


Salam semua,

Sabtu lepas tengah2 boring kat rumah dan tiada aktiviti sangat, tetiba terasa nak buat cookies. Lama sangat dah tak buat cookies. Dulu masa duduk dengan my sister ada la tolong2 buat...itupun tolong gitu2 je. Tak de buat dari mula. Cuma pernah belajar buat choc chips dari my ex boss di Litar Computers Sdn Bhd dulu2 kala. Kuih buah tangan boss saya tu mmg sagat sedap. Tak jumpa lah kat mana2 dah choc chip sesedap kuih buatan dia.

So, saya beranganlah nak buat cookies tu. Lepas berbuka hari sabtu tu, saya pun pergi lah membeli bahan-bahan nak buat cookies. Dah sampai rumah baru teringat no telur. Uwaaaa...tak dapat lah nak buat belah malam tu. Kena la start esoknye lps beli telur.

Pagi2 ahad tu hujan turun dgn lebatnye. Tapi dah nekad punye pasal, redah la ke kedai utk beli telur sahaja.
Then, search youtube cari simple instruction to prepare the batter. Hahaha...dan saya tambah bahan-bahan macam yg boss saya ajar dulu.

Saya ni duk merantau, manalah nak ada oven. Cuma ada oven toaster untuk roti je. Tak pasti boleh bakar cookies, tapi saya bolehkan jugalah. Haha...tak cuba tak tahukan. Saya pun letaklah sikit cookies di atas dulang yg dah dilapik dgn baking paper. Bagus guna paper ni. Senang je tanggal dari dulang. Dan bersih dulang. Lupa nak amik gambar masa letak atas dulang tu. Hehehe...excited nak bakar dia.

Saya tak sure berapa minit nak bubuh, so follow recipe kat youtube tu kata 15 minit. So bakaran pertama kurang cantik sebab baru 7 minit dah nampk hangit. Hahaha.... bila bakar2 kuih ni baru rasa macam hari raya. Dah masuk kali ketiga nak raya di jepun, baru kali ni rumah saya berbau harum dgn biskut raya.


Inilah hasil yang elok... ;) memang best sgt dapat makan. Saya sgt suka!!


Semalam dah tinggal separuh je. Hehehehe.... Weekend ni nak buat lagi lah, nak pack-pack nanti hari raya nak bagi kat kawan2 opis pulak. Al-maklumlah saya bakal bekerja hari raya nanti sebab cuti saya set utk balik msia.

Comments

  1. hye, jalan2 sini.

    jadilah tu walau guna oven bakar roti kan.

    bestnya dok jepun. :)

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap tuu.sy pn nk buat tp x terbuat2 lg..huhuuu

    ReplyDelete
  3. hehe...sedap. best jugak, snn dok sini la nak mkn kena buat sndri.

    ReplyDelete
  4. eh sedapnyaaaa kalah biskut kat kedai tau, imejin makan sambil bunyi rangup krup krap waktu berbuka nanti...

    ReplyDelete
  5. hehe..mmg puas hati. hbs dah semalam. huhu...nak lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts