Pernah didatangi ....

Salam ramadhan semua,


Tahun lepas, di Hiroshima saya pernah didatangi oleh mubaligh agama Kristian semasa saya sedang menunggu kawan saya di Gembaku Dome. Sedang saya menunggu, beliau menghampiri saya. Saya tidak syak apa2 kerana biasalah di Jepun akan ada orang yang mengedarkan kertas-kertas iklan dan tisu. Saya bila diapproach selalunya akan kata tak mahu. Tetapi kali ni lain sekali.
Dah kata tak mahupun, tetap dia nak bagi juga kertas yang dipegangnya tu. Mula-mula dia cakap nihongo..then dia cakap BI. Tanya datang dari mana dan buat apa di situ? Macam biasa saya jawab dtg dr Malaysia dan dtg jalan2.

Beliau masih lagi nak bagi saya kertas yg dipegangnye. Dah malas nak reject saya pun ambillah. Bila tengok terkejut sebab risalah tu dalam BI. Mana ada nak dpt risalah kat jepun ni dalam BI sangat. Ini teks nya penuh BI je. Dah tengok pun orang tu masih lagi bercakap2 dan menunjukkan sesuatu dalam kertas tersebut. Akhirnya saya nampak lah apa yag terkandung di dalam kertas tu. A bit shocked but, saya tak tunjuk depan dia. I just said thank you and leave that place.

Tindakan seterusnya yang kepala saya arahkan saya buat adalah buang kertas tu tp saya stop sebab she was still there. Sebab kan respect saya simpan kertas tu dan tak buang. Saya berdoa cepatlah Intan sampai. I nak pergi jauh2 dari tmpt tu. While waiting dan curiuos I read the text...mmg menarik ceritanye. Mmg manis janjinya... Alhamdulillah saya masih sedar mana yang betul dan mana yang tidak. Jika pengetahuan agama kita cetek, mungkin sng terpikat dan terpedaya. Nauzubillah min zalik.


Tak kisahlah betapa susahnya kita di dunia ni, janganlah kita dengan mudah terpedaya dgn janji-janji manis yang diberikan kepada kita oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan agama. Bergantung haraplah pada Allah swt bukannya pada manusia bila ditimpa kesusahan. Jangan hanya ingin lepas dari rasa susah di dunia sanggup bertukar demi wang dan bantuan. Jangan mudah salahkan sesuatu pihak bila kita susah dan bantuan yang dipohon tak dapat.

Apa yang berlaku pada kita adalah kerana pilihan-pilihan kita. Muhasabah diri, tengok apa yang kita dah buat dari dulu sampai sekarang. Baikkah semuanya? Elokkah semuanya? Kemudian bertaubatlah..minta ampun sungguh-sungguh. Bukan sekali, bukan dua kali..tetapi jadikan permohonan taubat itu lebih banyak dari permohonan bantuan yang kita pohon dengan manusia. Janji Allah itu benar...

Ya Allah, janganlah Kau bolak-balikkan hati ku ini daripada hidayah Mu dan dari agamaMu yang lurus ini. Amin ya rabbalalamin. Gugur jua air mata ini  .....

Comments

  1. amin ya ALLAH..

    salam kenalan kak :)

    ReplyDelete
  2. thanks amin kan. salam kenal juga ye Amirah. :)

    ReplyDelete
  3. risaunya..org tu onihonjin ke org putih kak yoo?

    ReplyDelete
  4. org nihonjin...maybe dia tak tahu saya muslim walaupun bertudung. ada yang ingat fesyen je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts