Nagasaki City...

Salam,

Baru hari ni (Sabtu) saya rajin sedikit nak menulis. Hari-hari lain sibuk di ofis membuat ujikaji pasal problem EEPROM tak habis2. Alhamdulillah, smlm akhirnya saya dapat kesan sebab problem tu. So now boleh rasa ringan kepala sikit. :)

OK, sambung cerita jalan2 di Nagasaki hari kedua pula. Pagi hari kedua tu kami berangkat ke Nagasaki city, jauh juga by car. Masa hampir-hampir tiba, kami mcm sesat sedikit sebab sistem navigator kat kereta tu sistem lama so jalan yang ditunjuk tak sama dgn jalan sebenar. Boleh nampak jalan yang kami lalu tu jalan baru. So, puas la berfikir mcm mana ni, ke mana nak pergi. So saya suggest lah ke satu jalan ni. Yumi nak pergi ke satu kedai jual furikake telur ikan yang sgt famous dia baca dalam buku guide Nagasaki.

Sedikit-sedikit saya sedar kami sedang mendaki hill yang sgt tinggi sebab saya dah nampak rumah2 kat bahagian bawah sgt2 kecik. Dah la saya ni gayat, duduk dalam kereta pun saya still boleh rasa kegayatan tuh. Hahaha...sabar jelah. Then, sesuatu mengagumkan saya. Rumah-rumah di situ dibina di lereng-lereng bukit dan sangat padat. Teringat kembali fenomena yang dapat dilihat semasa menonton drama Korea. Ada kawasan rumah yang berada di lereng bukit, nak jalan susah. Tapi mesti org2 di kawasan ni sgt sihat sebab tiap2 hari exercise semulajadi mendaki bukit. Sangat erbeza dgn kawasan rumah saya di Hiroshima.


Lepas dah jumpa kedai Yumi tu kami pun masuk lah tengok apa yang dia nak beli. So tuan kedai bagilah rasa sampel. Saya tak nak sebab saya tak sure kan apa benda tu. Puas diorng suruh rasa.  Sorry lah ye...

Then, kami sambung semula perjalanan ke Nagasaki city. Dah tiba sekali lagi saya amazed. Kali ni dengan jalan raya dan rail street car pula. Haha...sangat pening dan mengelirukan. Nak cari jalan ke hotel pun tak sure nak belok ke mana. Navi pun tnjuk jalan yang dah tak boleh belok. Pusing dan pusing lah. Yumi nampak satu spot lawatan dalam buku melancng tu dan decided ke sana.

Ada taman di tepi selat...sangat lah cantik pemandangan laut tu. Subhanallah.


Belakang ni ada taman, ramai orang sedang picnic macam kita pergi pantai kat Msia. Ada tempat juge untuk kanak-kanak main air.


Then, kami pergi ke hotel kedua untuk trip ni di ChinaTown. Sini pun ada ChinaTown. Ini gambar depan hotel. Nampak mcm China style kan.


Ini pula gamabr sebelah malam jalan2 berdekatan dengan hotel. Mmg area ni tak rasa macam area japanese. Suasana macam kat lorong kat KL tu, ada yang menunggu tepi2 jalan tu. Nampak dlm gambar di bawah ada sorang gadis baju merah sdg menunggu di tepi jalan. Dan kebanyakannya cakap chinese kat sini. Gerun juge...if sorang2 tak de nye saya nak jalan situ.


Sampai di hotel kami pun check in, bersih2kan diri, solat, then kami keluar semula untuk pergi ke Nagasaki Memorial Musuem and Park. The must go and see spot if you go to Nagasaki. The second city dropped by atomic bomb after Hiroshima. Will continue the story dalam next entry.

Jya ne...

Comments

Popular Posts