Macam ne solat terawih kat Jepun?

Salam semua,

Ramai rakan2 yg dah bertanya mcm mana solat terawih kat Jepun nih, ada pergi masjid ke, ramai ke jemaah terawih dan mcm2 lagi.

Solat terawih tu mudah je, dan bagi wanita lebih baik buat di rumah sendiri. Ini bukan saya reka ye...
Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah di bilik rumah mereka.” [Hadith Riwayat Ahmad]
Macam yang ada anak2 lebih baik selesaikan urusan anak2 dahulu. Waktu nak buat solat terawih ni panjang, dari lepas Isyak sehingga sebelum Fajar. 

Dan caranya pun tak susah, mcm solat sunat 2 rakaat je (niat nak solat sunat terawih dan cuma perlu diulang beberapa kali untuk cukup 8 atau 20 rakaat), baca Al-Fatihah dan apa2 surah yang diketahui tak kisahlah panjang ke pendek ke. Lebih baik yang pendek janji bacaannya betul. Islam itu agama yang mudah. Tak perlu nak berlumba2 dan mengikut2 orang. Apa surah yang kita tahu, kita amalkan.Tak tahu pun tak mengapa, mari kita cuba hafal surah2 pendek seperti Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Alaq, Al-Kauthar, Al-Fiil, Al-Kafirun dan amalkan.

Tak tahu nak baca apa di antara solat 2 rakaat tu, boleh baca zikir dan selawat. 
Allah maha mengetahui semuanya, janji niat kita ikhlas dan nak mengharapkan keredhaan dan keberkatan dariNya. Berdoa pun sama, tak tahu apa yang imam kat masjid tu baca? Doa je macam kita biasa berdoa lepas solat fardhu. Kenapa nak rasa tak sure pulak boleh ke tak gune doa tu? Kita kan berdoa pada Allah yang satu, tiada yang lain. Janji kita ikhlas dan mengharapkan keredhaan dan balasan dari Allah itu lebih baik.

Marilah kita rebut peluang ini selagi masih berkemampuan. Tiada lagi alasan tak de masa nak ke masjid, tak tahu cara nak buat...Kalaulah kita nampak reward solat terawih ni mcm reward menang kereta ke, menang duit juta2...mesti sanggup je buat apa saja untuk dapatkannya. Cubalah dahulu ye...tak susah pun. Senang sangat... Insyaallah, mudah2an kita semua diberkati. Amin.

Comments

  1. :)...Selamat Menjalani Ibadah Puasa...bagi aku puasa tahun ni rasa cam lain sikit bestnyer...:) tak tahu lah naper...

    ReplyDelete
  2. :) selamat berpuasa juga linda. aku pun rasa best dan syok tahun ni puasa. tak rasa penat sgt pun. alhamddulillah.

    ReplyDelete
  3. ALLAH itu Maha Mengetahui ... kalau semua nak ikut yang betul, kita tatau ... alamat tak sembahyang lah ye ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts