Mempraktikkan khuff

Salam,

Entri ini lanjutan dari entri sebelum ni iaitu Ablution dengan khuff.
Macam mana ye nak praktikkan khuff ni? Sila baca di bawah ni. Disalin dari sini.

Bagi orang yang hendak membuat pelayaran bolehlah berbuat seperti berikut:

• Pertama sekali ketika masih berada di rumah atau semasa berada di lapangan terbang, sebelum memakai khuff hendaklah dia mengambil wudhu’ sebagaimana biasa, iaitu dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian membasuh kedua belah tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua belah kaki.


• Setelah selesai mengambil wudhu’ bolehlah dia memakai kedua khuffnya.

• Ketika dalam pelayaran, umpamanya di dalam penerbangan, apabila dia hendak mengambil wudhu’
semula setelah terbatal wudhu’nya yang sebelum ini tidaklah perlu dia menanggalkan kedua-dua khuffnya.
Akan tetapi bolehlah dia mengambil wudhu’ sebagaimana biasa dalam keadaan memakai khuff, iaitu dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian membasuh kedua belah tangan dan menyapu kepala.


•Apabila tiba masa untuk membasuh bahagian kaki memadailah dengan hanya menyapu kedua khuffnya iaitu
bahagian atas khuff dengan sekali sapu, sebagai ganti membasuh kakinya.

• Dengan demikian sempurnalah wudhu’nya.

Link dari web page lain yg menceritakan mengenai hadis2 yang berkaitan dengan Khuff:
http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg16.htm

Comments

  1. salam perkenalan. selalu nmpk fb dgn k wani :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan yusmEa. :)

    sama2 anum. tgk hr tu kat amazon ada jual sarung kaki kulit ni. ada juge org cerita kat akak pasal ni. tp ada juge yg tak terima, takut shiah. wallahua'lam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts