Durian takde biji

Masa bulan berapa ntah teringin nak makan durian. Gara-gara nampak ada kawan upload gmbr durian kat facebook. Masa tu rasa tak sabar nak balik Malaysia...nak makan durian.

One day, entah macam mana terjumpa satu online shop yang jual durian. Tapi kedai ni jauh ke selatan Jepun. Oleh kerana nak juga rasa durian. Maka, saya pun order lah sekotak. Bukan kotak besar pun. durian tu katanye dari Thailand so tak rugi la kalau beli. Oleh kerana kedai tu jauh, saya dikenakan extra charges untuk delivery. Tak apalah...nak juge durian tu.

Akhirnya durian tu pun sampai. Tak buka lagi dah boleh bau durian. Hehehe... bila buka tengok durian tu dibungkus macam lempuk. Tiada biji pun. Nak makan macam pelik je sebab semua isi durian. Dah la masa sampai tu tengah beku.

So, saya masak bubur durian kacang merah je. Memang sedap. Hehehehe...

Comments

Popular Posts