Itsukaichi Sakura Matsuri

Salam everyone,

Banyak hari juge dah tak update blog ni. Ada banyak story nak cerita tp x berapa ada mood nak menulis so simpan dulu lah cerita2 tu. Belah pagi tadi saya dan kawan saya Intan pergi ke festival sakura di Itsukaichi city. City ni sebelah je dengan city tempat saya tinggal. Rupenye tiap2 tahun ada festival ni kat situ tp tak pernah tahu. Bila dah join satu blog pasal aktiviti-aktiviti di Hiroshima barulah dapat update apa2 aktiviti yang ada. Jumaat hari tu terbaca update pasal event sakura ni.

Mana-mana je ada sakura...tapi apa yang menariknye dengan yg satu ni? Mengikut maklumat yang ditulis di laman web mengenai festival ni...bunga sakura yang ada kat situ bukan bunga sakura yang biasa tu. Yang ni ada pelbagai jenis dan bunga-bunga tu hanya bloom di pertengahan bulan April. Dan lokasi nye adalah di Japan Mint iaitu kilang buat coin Jepun. Tempat ni is a private place and tak diopen kepada public. But for this one week it is open to public just to see the beautiful sakura. Dua lokasi lagi yang buat macam ni ialah di Japan Mint,Osaka dan Tokyo. Yang kat Tokyo tu tengok dalam gambar punye le sesak, mcm suasana kat Jalan TAR masa last day Ramadhan je.

Sebenarnye tak berapa larat nak pergi jalan2. Tapi oleh kerana nak juge tengok bunga ni, maka pergilah juge. Tanya si Intan, dia pun nak join. So, janji lah dengan dia pagi ni jumpa di stesen ketapi Itsukaichi. Dari situ kami naik teksi pergi ke tempat tu. Stesen ni besar...kat belah utara ada shuttle bus rupenye. Kitorang tak tahu, duduk di sebelah selatan. Tak tahu tmpt tu dalam bahasa Jepunnye...so gunakan lah kemudahan teknologi di ipon dan setkan website tmpt tu dan tnjkkan kat pemandu teksi tu. hehehehe...sekejap je dah sampai. Masa nak turun teksi tu, driver tu tnjk kat mana pintu masuk tmpt tu. Baik betul...siap suruh hati2 lagi. Nice kan... :)

Sampai je kat situ baru nampak ramai orang. Baru terasa betul2 ada festival sedang berlangsung. Hehehe...ni dia pintu masuk tmpt tu. Kat banner tu tulis 'Hana no mawarimichi'. Tak sure la apa maksudnye...jalan pusing bunga...hahahaha...tak tau. Kalau tengok kat gambar tu nampak orang-orang yang dah berumur ramai kan...Mmg kalau acara-acara mcm ni, ramai warga emas yang dtg..semuanye masih kuat-kuat lagi.


Di sepanjang pagar ...menujukkan ada matsuri ni dan juge tarikh mula dan tamat matsuri. So, siapa-siapa yang ada kelapangan esok smpi 21 April..masih sempat tengok. banyak lagi bunga yang masih belum bloom tadi. Sure akan lebih meriah lagi bunga-bunga tu esok lusa ni. (^_~)
Kalau tak sempat...takpe. Next year still ada...hehehe.

Okeh...bnyk dah celoteh..jom tengok bunga. Yang bawah ni, sakura warna putih. Sangat-sangat putih.


This one pula, warna pink...tapi daun dia tak kaler hijau. Kaler hijau coklat-coklat sikit. BUnga dia macam carnation kan. Lovely...


Yang bawah ni pulak...bunga-bunga dia kecik-kecik je...tapi ada banyak. So, nampak sangat-sangat lah cute mutenye bunga tu. Ramai betul yang suka dengan yang ni. Nak bergambar pun ambik turn. hehehe...


Haaaa...next ni bunga yang paling cantik lah. This one dipanggil Blossom of the Year...nama dia 'Shougetsu'. Ikut history dia, bunga ni tumbuh di tepi sungai Arakawa di Tokyo. Bunga ni bertukar warne dari pink ke putih dengan petals dia ada 25. Gebuuuu je bunga ni. Geram sangat...rasa nak picit-picit je tapi sayang.


Yang seterusnya ni paling unik...kaler dia kuning. First time jumpa sakura kaler kuning. Masa tengah tangkap gamabr ni dgr ada seorang pakcik tu tgh cerita yang bunga sakura kuning ni sangat famous di Shimane. Nama bunga ni 'Ukon'.Ada dua pokok je yang ni...Sangat rare kot.


This one...is my fav picture. Hehehe...just love the colours in this picture. Ini sama bunga yang sebelum sakura kuning tu. masih banyak yang belum bloom.


This one pun white tapi petals bunga ni panjang-panjang dan daun dia kecik-kecik.


Yang ni pulak...bunga sakura berjuntai...pun ramai peminat gak yang ni. Sebab berjuntai tu nak bergambar dengan pokok ni sangat best. Hehehe...gebu kan bunga dia. Ish geram sungguh tadi.


Ni yang pink tu...yang ni ada banyak yang dah kembang...


Dah tak tahu nak story apa dah pasal bunga ni...lawa sangat-sangat ciptaan Yang Maha Esa ni. Subhanallah...





Akhirnye, habislah tengok semua sakura yang ada. Kitorang pun bergerak lah nak balik. Tak pasti di mana nak amik teksi. So, plan nak jalan je la slow2. Tetiba terbaca ada sign board tulis 'Shuttle Bus' dan arrow tunjuk ke arah depan. Syok bila dah boleh baca...senang nak berjalan. :)... Kitorang pun jalan lah slow-slow sambil tengok kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan tu. Tetiba jumpa lah tmpt tunggu bas tu. Tengah-tengah baca sign board, pekerja bus tu tanya 'Faham tak?'

 Saya pun tanyalah...'Ni shuttle bus nak ke Itsukaichi station ke?'...Dia pun jawab ye..dan tnjuk di mana kami perlu beratur. Hehhe...See how helpful they are...tak tanya pun dia tanya kan. Janji boleh faham lah apa yang diornag cakapkan tu. Lupa nak cite awal-awal tadi...nak tengok bunga sakura ni free je. Tak perlu bayar apa2 bayaran masuk. hehehe...sekian lah dahulu serite pasal sakura ni. Next year, murah rezeki da panjang umur...boleh pergi lagi jalan-jalan tengok. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts