JLPT Test

Salam pagi...

Semalam on de way balik rumah, teringat ni dah bulan April. So mesti dah kluar maklumat pasal Japanese Languange Proficiency Test(JLPT) untuk tahun ni. Every year akan ada dua kali date untuk exam ni. Date untuk tahun ni adalah pada 3 Julai 2011 dan 4 Disember 2011. Test ni akan dijalankan serentak di seluruh pusat di semua negara. Before 2010, hanya ada 4 level sahaja bermula dengan Level 4 untuk level yang paling basic. Pada tahun 2010, test ni telah direview dan akhirnye ada 5 level. Level 5 pula menjadi level paling basic. Tiada kekangan kepada calon-calon untuk ambil level yang mana dahulu tetapi adalah dinasihatkan utk mengambil level  yang paling basic terlebih dahulu.

Sebelum boleh ambil test ni, kena berdaftar terlebih dahulu. Pendaftaran untuk test 3 Julai telahpun dibuka bermula pertengahan Mac yang lalu sehingga bulan April. Borang pendaftaran boleh didapati di kedai buku. Sabtu ni nak pergi beli lah di Kinokuniya dan tengok apa ada dalam borang tu.

Nanti cite lain bila dah beli borang tu ye. :)

Comments

Popular Posts