From old to new...

Konnichiwa...

Baru je hari ni tengok keje yang ambil masa dua minggu buat berhempas pulas dgn design baru pulak...nampak gaya dah nak selesai semuanya. Adehhh...itu tandanye memang design baru ni senang nak dicontrol. Walaupun kena fikir semula tapi it is much much more simpler to do. Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun, yang susah tu pun nampak gayanye tiada error dilaporkan dari QA department buat masa ni. Semalam berjaya juga outputkan hasil kerja setelah dua minggu berhempas pulas ditambah pula dengan problem dengan laptop. Member (Fukumoto san) dah check semalam dan hand over to QA department for another checkup. If ada error mesti dah datang awal-awal dah. Tengah berharap yang tiada lagi error yang keluar. Dah nak pukul 5PM tapi tak de pun datang lagi inform apa-apa yang perlu diubah lagi. Harap-harap lah semuanya OK.

Oleh kerana teruk sangat nak selesaikan kerja tu dengan system lama tu...Manager(Ishikawa san) suruh lah tukar buat guna system baru pulak. Hari ni saya start tengok dan olah semula system baru berdasarkan spesifikasi 'power' bandar Tomari ni. So far so good....Semalam, Fukumoto san tanya macam mana dengan system baru tu...agak-agak senang ke susah jugak nak buat. Saya jawab semalam....susah. Hehehe....sebagai langkah berjaga-jaga. ;)

Memang best lah guna system baru ni...based system baru ni pun bukan saya yang buat tapi senang nak ubah walaupun masa first time baca coding tu sakit gak kepala. Terlalu ringkas sehingga tak tahu apa yang ditulis. Tapi bila bertenang, Alhamdulillah dapatlah memahami strukturnya. Saya bab-bab ubah dan alter ni memang ada bakat lah sikit kot. (Hehehehe...sorry. Ternaik lif pulak. Jangan risau tak tinggi pun...tingkat 3 je opis ni. Lif pun takde). Tapi yang lama tu tak terer gak nak ubah sampai dua minggu ha. Jerawat pun mula menjengah. Sakit kepala tok sah cakap le...Tu yang last week emosi macam tunggang langgang sikit.

Yang penting....usaha tangga kejayaan! Teruskan usaha..walaupun kadang kala menemui halangan...kena teruskan juga. Kejayaan pasti menanti kita yang berusaha. (^_~)

Comments

Popular Posts